Carian
Sony Xperia Pro Baharu Bakal Mempunyai Gelung Kawalan Fokus Dan Zum Seperti Kamera Sebenar
December 19, 2023 Effi Saharudin

Kamera digital mempunyai banyak kelebihan berbanding kamera yang digunakan pada telefon pintar. Lensa lebih baik, sensor lebih besar dan kawalan manual yang lebih terperinci membolehkan gambar yang lebih cantik diambil. Kini kedengaran ura-ura Sony akan memperkenalkan sistem gelung kawalan pada model Xperia Pro baharu yang mirip digunakan pada kamera digital.

Gelung ini memberikan kemampuan mengawal zum, fokus dan apertur kamera dengan gelung fizikal sebenar. Pada waktu ini ia masih sekadar ura-ura tetapi jika ada syarikat telefon pintar yang boleh melakukannya ia adalah Sony kerana mereka pengeluar kamera digital nircermin di dunia.

Isu yang bakal timbul kelak ialah saiz serta kerana Xperia Pro yang kecil mungkin menyukarkan sistem ini digunakan. Tetapi jika berjaya ia boleh menarik perhatian peminat fotografi telefon pintar untuk menggunakan Xperia Pro kerana keunikannya.

Komen