Cari @ Amanz

Lazimnya peminat jam tangan akan mempunyai koleksi peribadi dengan nilai tertentu. Terkini Casio Edifice X Honda Type R Edition telah diumumkan di Malaysia dan dirasakan mampu menarik minat ramai. Ia boleh dibeli pada RM2,399 menerusi pengedar sah Casio Malaysia bermula 20 Disember 2023.

Jelas boleh dilihat jam tangan ini diinspirasikan daripada siri ikonik Honda Type-R dengan kemasan serba putih yang digunakan pada tali. Ia juga sebenarnya mewakili warna Champion White yang menjadi cat khas yang digunakan untuk kereta tersebut. Selain digabung juga dengan logo merah Honda Type-R bersama corak sarang lebah yang menyerupai kekisi hadapan kereta tersebut.

Pada permukaan tali turut dicetak dengan kesemua model Type-R yang termasuk NSX NA1 (1992) hingga Civic FL5 (2022). Sementara itu bahagian bawah tali pula menggunakan fabrik Alcantara yang biasanya digunakan secara meluas dalam hiasan dalaman kereta mewah. Di samping terdapat juga logo Type R khusus sebagai pelengkap pada tali jam tersebut.

Seperti yang lain jam tangan ini juga dilengkapi pelbagai fungsi yang termasuk sokongan pengecasan kuasa solar, kebolehan merekod tarikh/masa/kedudukan semasa pada peta menerusi aplikasi khusus dan kalis air sehingga 100 meter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd