Carian
Apple TV Mula Menyokong Sambungan VPN
December 20, 2023 Fahim Zahar

Bulan Jun lepas, Apple telah membenarkan pembangun membangunkan aplikasi VPN (virtual private network) untuk tvOS 17. Kini selepas enam bulan, beberapa pembangun telah hadir dengan aplikasi VPN tersendiri buat pertama kalinya untuk peranti Apple TV 4K/HD.

Terbaru, NordVPN iaitu antara perkhidmatan VPN popular yang saya sendiri turut menggunakannya telah melancarkan aplikasi mereka untuk Apple TV. Dengan menggunakannya, pengguna boleh melindungi data peribadi serta menyembunyikan alamat IP sebenar ketika mentsrim kandungan atau bermain permua Apple Arcade.

Bukan itu sahaja, NordVPN juga merupakan antara penyedia rangkaian peribadi maya yang membolehkan pengguna menonton kandungan Netflix yang tiada di Malaysia atau turut mengakses platform penstriman luar seperti Max, Paramount+ dan lain-lain.

Komen