Cari @ Amanz

Ciri profil pengguna kini akhirnya diaktifkan di aplikasi Disney+ Hotstar selepas sekian lama diacah. Menerusi ciri profil ini, sehingga lima lagi profil boleh digunakan menerusi satu akaun. Setiap akaun juga boleh ditetapkan kandungan sama ada ia untuk kanak-kanak bawah 12 tahun atau dewasa yang membenarkan kandungan 18+ distrim.

Untuk mengakses profil berbeza, pin empat angka boleh ditetapkan oleh penggunanya. Dengan adanya profil berbeza, tidak lagi wujud isu kandungan pelbagai pengguna bercampur aduk sehingga menyebabkan algoritma saranan menjadi cacamerba. Ini adalah ciri yang diminta oleh pelanggan Disney+ Hotstar sejak ia mula ditawarkan di Malaysia.

Kepada ibu bapa dan penjaga, ciri mengawal kandungan daripada ditonton oleh anak-anak juga kini lebih baik kerana ia boleh diubah menggunakan tetapan yang diberikan. Untuk mematikan halangan kandungan, SMS akan dihantar kepada pemilik akaun yang menyukarkan ia untuk dipintas tanpa diketahui. Untuk menggunakan ciri ini sila kemas kini aplikasi Disney+ Hotstar ke versi terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd