Cari @ Amanz

Nubia Z60 Ultra dilancarkan sebentar tadi sebagai peranti kelas mercu baharu di pasaran. Penambahahan ini sekaligus melengkapkan sebilangan peranti mercu baharu dengan Snapdragon 8 Gen 3 sedia ada. Dalam masa sama turut menyediakan lebih banyak pilihan peranti untuk pengguna.

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin AMOLED sebesar 6.8″ dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 1500 nits. Cip Snapdragon 8 Gen 3 digunakan menyokong memori 12/16/24GB RAM dan storan dalaman 256/512GB/1TB. Di samping turut dimuatkan sistem penyejukan berasaskan ruang wap yang besar untuk pengalaman peranti yang optimum.

Peranti juga memuatkan bateri berteknologi silikon-karbon sebesar 6000mAH yang menyokong pengecasan pantas 80W. Kemudian sistem kamera pula terdiri dengan 50MP utama (panjang fokus 18mm) + 50MP ultra lebar (panjang fokus 35mm + 64MP telefoto periskop (panjang fokus 85mm dan zum optik 3X). Ketiga-tiganya menyokong OIS terbina dan boleh merakam video maksimum 4K/120fps.

Lain-lain spesifikasi termasuk sokongan GPS dwi-frekuensi, Wi-Fi 7, bluetooth 5.4, NFC dan kalis air IP68. Harga jualan di China bermula RMB3999 (~RM2,620) (12/256GB), RMB4699 (~RM3,079) (16/512GB), RMB4999 (~RM3,275) (16/512GB), RMB5299 (~RM3,472) (16/1TB) dan RMB5999 (~RM3,931) (24/1TB).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd