Cari @ Amanz

LG kini mengumumkan mereka akan mempertontonkan rekaan teknologi antena lutsinar untuk kenderaan, selari dengan acara CES 2024 pada awal Januari ini.

LG mengatakan teknologi baharu ini dibangunkan bersama firma pengeluar kaca di Perancis, iaitu Saint-Gobain Sekurit. Antena lutsinar dalam bentuk filem ini akan ditambah pada cermin kenderaan, sekaligus memberikan rekaan yang lebih unik dan tidak memperlihatkan rekaan antena kepada umum.

LG menjayakan rekaan ini melalui penggunaan teknologi telekomunikasi mereka yang turut meliputi penyelesaian telematik lutsinar – yang dijangka akan menjadi fokus ramai pengeluar kenderaan dalam masa akan datang.

Dengan kenderaan mengintegrasikan pelbagai sensor dan teknologi komunikasi, rekaan antena turut memainkan peranan utama – supaya ia tidak menganggu rekaan keseluruhan kenderaan, dan pada masa yang sama turut mengekalkan kadar kepekaan isyarat yang diterima dan dihantar.

LG mengatakan penyelesaian ini akan ditawarkan dalam bentuk atas cermin atau dalam cermin kenderaan – sama ada cermin depan kereta, pada bahagian bumbung kenderaan dan sebagainya.

Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kenderaan pertama yang akan gunakan teknologi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd