Cari @ Amanz

Microsoft Copilot menerima kemampuan baharu hari ini dengan ia boleh menjana muzik pendek dengan lirik berdasaran prom yang dimasukkan oleh pengguna. Bagi menawarkan ciri ini, Microsoft bekerjasama dengan Suno yang mempunyai kepakaran AI generatif menjana muzik.

Muzik yang Copilot dijana bukan sahaja mempunyai peralatan muzik tetapi juga lengkap dengan nyanyian bersama lirik. Untuk menggunakan ciri baharu, pengguna perlu pergi ke laman Copilot dan kemudian mengaktifkan pemalam “Make music with Suno” di dalam tab pilihan pemalam yang ditawarkan. Masukkan prom untuk muzik yang ingin dijana dan Copilot akan melakukannya untuk pengguna.

Ini adalah sebuah lagi AI generatif yang boleh menjana muzik. Sebelum ini OnePlus AI Music Studio, YouTube, dan Meta turut melancarkan perkhidmatan yang sama tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd