Seperti yang kita tahu, pusat membeli-belah terbaru di Kuala Lumpur iaitu The Exchange TRX telah pun dibuka pada bulan yang lalu. Pembukaan ini telah memberikan nafas segar kepada senarai destinasi membeli-belah di ibu kota. Dengan kehadiran banyak kedai-kedai mercu dan berjenama, suasana di pusat membeli-belah ini terasa begitu eksklusif dan serba mewah, seakan-akan setaraf dengan T20.
Begitu juga dengan HUAWEI yang turut membuka satu lagi cawangan Experience Store di The Exchange TRX. Dengan pembukaan kedai ini, anda dapat merasai sendiri produk terkini dari HUAWEI dalam suasana yang eksklusif. Tentu anda tertanya-tanya, apakah keistimewaan HUAWEI Experience Store di The Exchange TRX berbanding dengan cawangan lain di Malaysia? Ini adalah beberapa keistimewaan yang ada pada HUAWEI Experience Store di The Exchange TRX.
- Satu-Satunya Cawangan HUAWEI Dengan Rekaan Ini Di Malaysia
Sebelum ini, HUAWEI Experience Store di China telah mempunyai reka bentuknya yang tersendiri. Namun, dengan kehadiran HUAWEI Experience Store di The Exchange TRX, sebuah babak baru dalam reka bentuk kedai ini telah dimulakan. Reka bentuk baru yang diperkenalkan di HUAWEI Experience Store TRX adalah yang pertama dihasilkan di luar China. Ini menjadikan tiada cawangan HUAWEI Experience Store lain di Malaysia memiliki reka bentuk yang serupa.
Apabila berkata tentang reka bentuk di bahagian dalam kedai pula, ruang dalaman kedai ini direka khas untuk memberikan pengalaman unik kepada setiap pelanggan. Setiap sudut kedai dirancang dengan teliti untuk mempromosikan interaktiviti dan penglibatan pelanggan. Melaluinya, anda dapat merasa sendiri pengalaman menggunakan produk terkini dari HUAWEI. Bukan sahaja dapat merasai pengalaman praktikal, malah membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak sebelum melakukan pembelian.
- Ruang Khusus Untuk Pengalaman Penggunaan Produk
Bukan itu sahaja, HUAWEI Experience Store yang baru ini juga mempunyai ruang Discover HUAWEI. Ruang khusus ini direka untuk membolehkan anda mencuba produk terkini dari HUAWEI. Sebagai contoh, jika anda berminat untuk mencuba telefon pintar terbaru yang dilancarkan oleh HUAWEI, anda boleh mencuba peranti tersebut di HUAWEI Experience Store TRX. Tidak hanya terhad kepada telefon pintar, juga terdapat pelbagai produk HUAWEI lain yang boleh anda cuba seperti tablet, komputer riba, dan peranti boleh pakai. Dengan mencuba pelbagai produk ini, anda dapat membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan dan gaya hidup anda.
Disamping itu, terdapat juga ruangan yang membolehkan bengkel dan seminar produk dilakukan. Bengkel dan seminar produk ini dilakukan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik kepada anda tentang produk HUAWEI. Misalnya anda ingin mempelajari cara meningkatkan penggunaan kamera telefon pintar HUAWEI, agar dapat menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Jadi, sesi ini membuka peluang untuk anda bertanya dan mendapatkan jawapan terus dari pihak HUAWEI. Oleh itu, ruangan seperti ini di HUAWEI Experience Store TRX dapat membantu anda tingkatkan pengalaman menggunakan produk HUAWEI.
Seminar produk ini juga menggunakan HUAWEI Vision V 98”, iaitu skrin terbesar di Malaysia pada masa kini. Skrin yang besar ini dapat memaparkan ciri-ciri produk dengan lebih jelas. Melaluinya, anda boleh memahami prestasi setiap produk HUAWEI yang anda miliki atau bakal dimiliki. Penggunaan skrin besar ini sekaligus dapat memberikan anda pengalaman seminar yang lebih seronok.
- Bilik VIP Pertama Dalam HUAWEI Experience Store di Malaysia
Yang paling menarik sekali, HUAWEI Experience Store di The Exchange TRX ini menyediakan bilik VIP. Ini menjadikannya sebagai cawangan pertama di Malaysia yang menawarkan bilik VIP untuk pelanggan. Berita gembira buat anda yang membuat panggilan terlebih dahulu untuk melihat produk HUAWEI dengan terperinci. Anda akan dijemput untuk masuk ke bilik VIP, dimana anda dapat melihat produk yang telah dipilih dengan terperinci. Melaluinya, anda boleh meneliti produk HUAWEI sambil mendapatkan pemahaman yang lebih mengenai ciri-ciri dan kelebihan yang ditawarkan.
Bagi anda yang membeli HUAWEI WATCH Ultimate Design atau HUAWEI Mate X3 pula, anda akan dijemput ke bilik VIP untuk nyahkotak produk tersebut. Melaluinya, anda boleh memeriksa keadaan produk tersebut. Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan produk, anda boleh bertanya terus kepada kakitangan di kedai. Jadi, anda tidak perlu membuang masa untuk kembali ke kedai berkali-kali.
Kesimpulan
Dengan adanya HUAWEI Exchange Store di The Exchange TRX ini, anda boleh menikmati reka bentuk kedai yang baharu, mendapatkan pengalaman menggunakan produk HUAWEI, dan berpeluang untuk dibawa ke bilik VIP dengan pembelian produk tertentu. HUAWEI Experience Store di The Exchange TRX bukan hanya destinasi beli-belah, tetapi juga pusat pengetahuan mengenai produk HUAWEI.
Dengan pelbagai promosi sempena pembukaan kedai ini, anda dapat memanfaatkan pelbagai tawaran menarik yang ditawarkan. Experience Store ini dibuka di C.64.0 Plaza The Exchange TRX dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Jadi, tunggu apa lagi? Hadirkan diri anda ke HUAWEI Experience Store untuk mencuba sendiri produk-produk dari HUAWEI dan merasai pengalaman di Experience Store ini.
Penafian : Advertorial Daripada HUAWEI Malaysia