Cari @ Amanz

FoodPanda hari ini berkongsi data mereka sepanjang tahun 2023, sekaligus memperlihatkan makanan yang paling diminati dan paling kerap di tempah melalui platform berkenaan.

Mengikut data yang dikongsikan, berikut merupakan lima makanan yang paling kerap di tempah melalui FoodPanda sepanjang 2023 ini:

  • Roti Canai
  • Sate
  • Nasi Goreng Kampung
  • Roti Telur
  • Nasi Lemak

FoodPanda turut menyatakan yang mana roti canai dan nasi goreng mendominasi tempahan untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam – sekaligus memperlihatkan ia merupakan salah satu pilihan makanan yang memuaskan selera sepanjang hari.

Untuk PandaMart pula, barangan yang paling dikerap adalah roti berkrim perisa coklat, dan diikuti oleh roti putih dan telur.

Pihak FoodPanda turut menyatakan yang mana waktu 12 tengah hari merupakan waktu puncak untuk pesanan sepanjang tahun. Disamping itu, hari Ahad merupakan hari yang menyaksikan paling banyak pesanan di FoodPanda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd