Prasarana merupakan syarikat disebalik beberapa perkhidmatan pengangkutan awam popular di Malaysia, termasuk Rapid Bus, dan juga Rapid Rail. Terbaru, Prasarana telah berkongsi Pelan Tindakan Kelestarian 2023-2030. Melaluinya, beberapa sasaran telah diletakkan oleh kumpulan dalam terus meneroka komitmen terhadap pengawasan dan kesejahteraan alam sekitar.

Mengikut pelan tindakan berkenaan juga, Prasarana mengatakan mereka ingin menggunakan 100% bas elektrik di semua laluan bas menjelang tahun 2037 kelak. Disamping itu, Prasarana turut menyasarkan untuk menambah 100 lagi bas elektrik menjelang 2026, dan tambahan 481 lagi menjelang 2030 kelak.

Selain penggunaan bas elektrik, Prasarana turut menyasarkan untuk mengurangkan penggunaan tenaga sehingga sebanyak 20% menjelang tahun 2030 kelak. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan pelepasan karbon sehingga 15%.
Langkah Prasarana ini juga dilihat selari dengan perancangan Malaysia untuk mencapai negara neutral karbon menjelang 2050 kelak.