Tecno kini mendedahkan perancangannya untuk hadir dengan peranti baharu pada 22 Disember 2023. Ia merupakan pelancaran untuk Pova5 Pro 5G sekaligus melengkapkan lagi siri Pova sedia ada. Dalam masa sama mampu menyediakan lebih banyak peranti untuk pengguna.

Butiran spesifikasi dalaman masih belum didedahkan buat masa ini tetapi berpotensi serupa dengan variasi di pasaran luar. Melaluinya peranti boleh dilengkapi skrin 6.78″ FHD+ 120Hz, cip MediaTek Dimensity 6080, bateri 5000mAh, pengecasan berwayar 68W dan sensor utama 50MP. Butiran lanjut termasuk harga jualan akan kami kongsikan selepas pelancaran rasmi kelak.
- Sumber – Tecno Malaysia