Cari @ Amanz


Huawei FreeClip diumumkan secara rasmi di Malaysia dengan harga jualan RM899. Bagi yang berminat sesi pratempah telah mula dibuka bermula hari ini dengan hadiah bernilai RM367 diberi percuma.

Huawei FreeClip merupakan sepasang fon telinga nirwayar baharu dengan rekaan yang unik kerana nampak seperti sepasang subang. Pada dasarnya ia merupakan fon telinga terbuka yang terdiri dengan dua bahagian melipui Comfort Bean dan Acoustic Ball yang dicantum pula dengan C-bridge Design.

Secara khusus ia boleh digunakan dengan meletakkan Comfort Bean di bahagian belakang telinga. Kemudian diikuti pula dengan coustic Ball pula dimasukkan ke dalam telinga untuk pendengaran audio. Kawalan sesentuh sepenuhnya disediakan pada permukaan fon telinga dan Huawei mendakwa turut selesa digunakan tanpa masalah.

Dalam masa sama ia boleh beroperasi sehingga 36 jam dengan bantuan pod pengecas. Selain itu turut melepasi piawaian IP54 yang menjadikannya sesuai dibawa bersenam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd