Carian
Grab Dikatakan Tidak Bersetuju Dengan Nilai Pengambil-alihan FoodPanda – “Terlalu Tinggi”
December 20, 2023 Aman

Salah satu perkara yang mengejutkan ramai sejak beberapa bulan lepas apabila Delivery Hero mengatakan mereka sedang melihat kepada kemungkinan untuk menjual operasi dan perniagaan FoodPanda di rantau Asia Tenggara ini. Sejak daripadanya, beberapa pihak telah dispekulasi mungkin mengambil-alih FoodPanda, dan nama yang hangat dikatakan adalah Grab.

Mengikut laporan terbaru kini, ia dikatakan perbincangan antara Grab dan FoodPanda mengambil masa lebih lama, dan mungkin sekiranya berhasil, sebarang transaksi akan diumumkan pada awal 2024.

Ia dikatakan perbincangan terhenti seketika disebabkan kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan nilai FoodPanda berkenaan sendiri. Mengikut laporan Business Times, Grab menganggap harga jualan operasi FoodPanda adalah terlalu tinggi.

Buat masa ini, kedua-dua pihak Grab dan FoodPanda masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Selain berkaitan harga jualan, transaksi pengambil-alihan ini juga dijangka mungkin menerima perhatian ramai pihak, termasuk melibatkan persaingan dan monopoli oleh pihak berkuasa di Singapura mahupun Malaysia.

Komen