Sony Telah Menjual Lebih 50 Juta Unit Konsol PlayStation 5 Sehingga Kini
Aman
Sony hari ini secara rasminya berkongsi pencapaian terbaru mereka, mengumumkan PlayStation 5 telah terjual lebih 50 juta unit dalam tempoh 3 tahun sejak ia diperkenalkan.
Sebelum ini, PlayStation 5 telah dilancarkan pada November 2020, namun jualannya agak perlahan pada awalnya kerana unit pengeluaran adalah sangat terhad – dan terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakkan, serta permintaan semikonduktor dunia yang terjejas.

Namun, sejak tahun 2023 ini, jualan konsol PlayStation 5 telah kembali normal, dan memudahkan pengguna mendapatkan konsol generasi baru berkenaan. Malah, Sony juga telah memperkenalkan kemaskini kecil pada konsol PlayStation 5 tahun ini.
Di Malaysia, PlayStation 5 Digital Edition ditawarkan pada harga RM2069, sementara PlayStation 5 Ultra HD Blu-ray pula ditawarkan pada harga RM2499.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.