Cari @ Amanz

Shargee telah mengumumkan powerbank baharu Shargeek 170 di Malaysia pada hari ini. Ia dijual dengan harga RM1,299 dan boleh dibeli bermula 25 Disember akan datang menerusi pengedar sah Shargee di seluruh Malaysia. Setiap pembelian didatangkan dengan hadiah bernilai RM657 yang termasuk 140W Charger, Phantom C – C Cable dan Retro C – L Cable untuk masa terhad.

Shargeek 170 merupakan sebuah powerbank bersaiz kompak dengan kemasan lutsinar yang juga menampakkan keseluruhan komponen dalaman. Ianya bersaiz 24,000mAh dengan sokongan pengecasan output sehingga 170W menerusi PD 3.1 sementara itu kuasa input pula pada 140W.

Turut disertakan adalah dua port USB-C dan satu port USB-A untuk pengecasan peranti berbeza yang juga boleh dicas secara serentak. Namun hanya satu port USB-C sahaja yang menawarkan kuasa tertinggi 65W. Shargeek 170 turut melepasi piawaian IP66 dan boleh dibawa dalam pesawat untuk penerbangan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd