Poco M6 5G Akan Dilengkapi Cip MediaTek Dimensity 6100+
Amy Maizuraa
Poco M6 bakal diperkenalkan pada 22 Disember 2023 sekaligus melengkapkan lagi peranti sedia ada. Dari segi rekaan peranti menggunakan tubuh berkotak dan rata sepenuhnya dengan skrin hadapan berlubang.

Sokongan dwi-kamera diletakkan di belakang bersama penjenamaan Poco agak besar. Hal ini tidak menghairankan memandangkan penjenamaan besar itu juga sedia digunakan pada sebilangan peranti sebelum.
Cip Dimensity 6100+ juga akan digunakan pada peranti yang bermakna sokongan 5G disokong secara terbina. Selain itu salah satu sensor yang disediakan pula sebesar 50MP. Seperti biasa persoalan penuh mengenai peranti pastinya terjawab selepas dilancarkan kelak.
[info] Baca – POCO M6 Pro 5G Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 4 Gen 2, MIUI14 [/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.