Carian
Kedua-Dua iPhone 16 Pro Mungkin Menyokong Sensor Telefoto Tetraprisma
December 21, 2023 Fahim Zahar

Apple iPhone 15 Pro Max adalah iPhone pertama yang menyokong zum optikal sehingga 5x. Teknologi ini dibolehkan dengan menggunakan struktur kaca berlipat tetraprisma yang memantulkan cahaya berulang kali. Ciri ini tidak diberikan pada iPhone 15 Pro kerana ia memerlukan ruang yang besar.

Dengan iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max dilaporkan akan menggunakan saiz skrin yang lebih besar iaitu 6.3-inci dan 6.9 inci berbanding sebelum ini 6.1-inci dan 6.7-inci, Apple dilaporkan akan menyertakan sensor telefoto tetraprisma ini pada kedua-duanya tahun depan. Menurut MacRumors, sensor ini kelihatan lebih kurang sama dengan yang digunakan pada iPhone 15 Pro Max.

Persoalannya adalah, adakah Apple akan kembali menawarkan iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max dengan spesifikasi sama cuma beza saiz seperti iPhone 14 Pro? Atau iPhone 16 Pro Max akan mempunyai fotografi yang lebih berinovasi seperti pada iPhone 15 Pro Max?

Komen