Cari @ Amanz

Dikemaskini – X kembali beroperasi seperti biasa sekitar lima minit yang lalu tetapi sebab gangguan berlaku belum diberikan. Berita asal seperti di bawah.

Laman media sosial X pada waktu ini sedang mengalami masalah untuk diakses. Kami menyedari X tidak boleh memaparkan ciapan terkini sejak 40 minit yang lalu dalam aplikasi di telefon pintar. Pada versi web susur masa kosong tanpa sebarang ciapan dan begitu juga dalam aplikasi X Pro.

Berdasarkan laman Down For Everyone or Just Me, isu mengakses X dilaporkan di peringkat global. Kali terakhir isu ini berlaku kepada X ialah pada 18 Disember lalu. Pada waktu ini masih tiada maklumat mengapa X tidak boleh diakses serta sebab ia berlaku. Kami akan mengemaskini berita ini apabila X kembali beroperasi serta sebab berdasarkan kenyataan rasmi daripada pengendali laman sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd