Carian
Spesifikasi Samsung Galaxy S24 Ultra, S23+ Dan S23 Tertiris Sepenuhnya
December 21, 2023 Effi Saharudin

Misteri mengenai spesifikasi siri Samsung Galaxy S24 telah terungkai selepas spesifikasi lengkap untuk Samsung Galaxy S24, Galaxy S24+ dan Galaxy S24 Ultra telahpun ditiriskan oleh @Evleaks menerusi ciapan X. Rekaan ketiga-tiga disahkan sama sahaja dengan model tahun ini kerana tiada langsung perubahan yang ketara.

Seperti yang dapat dilihat di atas, Galaxy S24 Ultra bakal menggunakan kerangka titanium sepenuhnya. Sementara itu Galaxy S24+ dan Galaxy S24 mengekalkan penggunaan kerangka Armor Aluminium 2 sahaja. Keterangan skrin pada kesemua peranti juga mencecah 2600 nits yang adalah amat tinggi. Seperkara lagi yang kami rasakan menarik ialah pengecasan sehingga 65% dalam masa 30 minit yang lebih pantas berbanding pengecasan sedia ada.

Dapat juga dilihat kamera utama kekal 200MP pada Galaxy S24 Ultra, 50MP pula kedua-dua Galaxy S23+ dan Galaxy S23. Yang mungkin mengecewakan ialah memori masih sehingga 12GB RAM sahaja dan bukan 16GB atau 24GB yang kini sudah diperkenalkan oleh pengeluar dari China. Pada Galaxy S24 pula sekadar 8GB RAM yang boleh dianggap kecil. Keputusan yang agak aneh kerana umum diketahui harga RAM pada waktu ini adalah murah dan dihasilkan sendiri oleh Samsung. Adakah spesifikasi yang tertiris ini mengujakan anda?

Komen