Harga jualan Realme C51 telah dikemaskini ke RM499 dengan diskaun sebanyak RM50 diberikan. Ini bermakna pengguna kini boleh membelinya dengan harga lebih murah berbanding asal RM549. Ketersediaan adalah bermula sekarang menerusi pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.
Untuk spesifikasi Realme C51 menggunakan skrin LCD 6.74″ dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung juga dengan cip Unisoc T612, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan 33W melalui port USB-C. Turut disertakan adalah kamera 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 5MP.