Carian
Versi Pembangunan MidJourney v6 Kini Sedia Diuji – Turut Menyokong Penjanaan Teks, Komik
December 21, 2023 Aman

MidJourney merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan penjanaan teks ke gambar, serta memberikan hasil yang kerap kali lebih cantik daripada beberapa penyedia yang lain. Terbaru, pembangun MidJourney telah mula menawarkan versi alfa untuk MidJourney v6.

Melaluinya, ia membawakan sejumlah pembaharuan, termasuk salah satunya adalah kebolehan menjana teks pada gambar janaan. Sebelum ini, MidJourney tidak menghasilkan sebarang teks atau akan menggunakan rekaan abjad atau simbol rawak pada hasil janaan.

Namun, melalui MidJourney v6, perkara berkenaan diatasi, dan ia kini membolehkan teks turut dijana pada gambar yang dihasilkan. Tetapi, ia masih mempunyai masalah seperti beberapa sokongan generatif lain, dimana kadang-kala teks tidak dihasilkan dengan tepat.

Disamping itu, MidJourney v6 turut menawarkan hasil janaan gambar yang lebih baik dan realistik berbanding sebelum ini. MidJourney v6 ini juga membolehkan pengguna menghasilkan komik melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan MidJourney, boleh mengakses MidJourney v6 ini dengan pergi ke tetapan di tetingkap Discord (menaip arahan /settings), dan seterusnya memilih janaan MidJourney v6.

Komen