Carian
Honor 90 GT Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Gen 2 Dan 24GB RAM
December 22, 2023 Effi Saharudin

Penghujung 2023 semakin hampir tetapi di China masih terdapat masa untuk melancarkan sebuah lagi telefon pintar baharu. Honor 90 GT dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED FHD+ 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 24GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W.

Kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar Sony IMX906 yang dipadankan dengan sensor 12MP ultra sudut lebar. Di hadapan pula sensor 16MP digunakan untuk swafoto. Sistem operasi yang digunakan ialah MagicOS 7.2 berasaskan Android 14. Peranti turut menyokong sistem imbasan cap jari bawah skrin dan sepasang speaker stereo. Kerana ia dipasarkan sebagai peranti gaming, GT 90 turut dilengkapi sistem penyejukan kebuk wasap.

Peranti ditawarkan dalam warna hitam, emas dan biru. Di China Honor 90 GT dijual pada harga bermula RMB2499 (~RM1629) untuk 12/256GB dan meningkat ke RMB3699 (~RM2411) untuk model 24/1000 GB.

Komen