Carian
Tecno Pova 5 Pro 5G Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 6080 Dan Berharga RM799
December 22, 2023 Amy Maizuraa

Tecno Pova 5 Pro diumumkan secara rasmi sebentar tadi dengan harga jualan RM799. Sebanyak dua pilihan warna disediakan iaitu Drak Illusion dan Silver Fantasy. Seterusnya anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi Lazada dan Shopee bermula hari ini.

Untuk spesifikai peranti dilengkapi skrin IPS LCD sebesar 6.78″ beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dijana dengan cip MediaTek Dimensity 6080, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Bateri 5000mAh digunakan pula boleh dicas semula menerusi port USB-C dan pengecasan pantas 68W. Melengkapinya juga adalah kamera utama 50MP + AI Lens dan swafoto 16MP.

Komen