Cari @ Amanz

Astro mengumumkan penawaran tontonan percuma untuk enam saluran terpilih sehingga 31 Mac 2024. Penawaran ini dibahagi kepada dua iaitu tontonan percuma untuk lima saluran terpilih seperti HBO Hits (4150, HBO Family (414), Showcase (143), K-Plus (396) dan Moonbug (618) yang bermula 1 – 31 Januari 2024. Diikuti juga dengan tontonan percuma untuk saluran baharu HITS NOW (712) bermula 10 Januari – 31 Mac 2024.

Dalam pada itu Astro turut memperkenalkan kempen baharu “Masa Bersama Merapatkan KIta” bertujuan untuk memupuk hubungan yang baik dalam kalangan insan tersayang khususnya keluarga. Kandungan boleh diakses menerusi langganan Pek TV Astro bermula RM41.99 sebulan di samping diskaun 30% diberikan untuk pendaftaran secara auto debit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd