Google Chrome sedia menawarkan ciri privasi dan sekuriti yang baik untuk pengguna. Antaranya adalah dengan Safety Check, yang boleh menyemak sama ada kata laluan pengguna telah tersebar serta memastikan Chrome yang digunakan adalah versi yang terkini agar tidak mengalami sebarang kerentanan sekuriti.

Terbaru, Safety Check atau Semakan Keselamatan telah dikemaskini untuk ia berjalan secara automatik di latar belakang. Chrome kini akan terus memaklumkan pengguna jika kata laluan pengguna tertiris dan tidak lagi perlu melakukan semakan manual. Bukan itu sahaja, Chrome turut boleh menghalang akses kebenaran mikrofon dan lokasi jika mendapati sesuatu laman web itu mencurigakan.

Dalam kemas kini ini, Chrome turut boleh memaklumkan pengguna jika laman web yang jarang dilayari spam notifiikasi. Safety Check ini boleh digunakan pada kedua-dua Chrome Android dan juga pada komputer. Dalam kemas kini ini, Penyimpan Memori atau Chrome’s Memory Saver membolehkan pengguna memilih laman web mana yang ingin dikekalkan aktif. Pengguna turut boleh melihat penggunaan memori pada tab yang terbuka.
