Cari @ Amanz

Poco M6 5G dilancarkan sebentar tadi dengan spesifikasi kelas pertengahan. Pengenalan ini melengkapkan lagi versi pro sedia ada yang semestinya ada perbezaan dari segi ciri dan fungsi masing-masing.

Melaluinya Poco M6 5G dilengkapi skrin sebesar 6.74″ HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabung juga dengan cip Dimensity 6100+, memori 4GB RAM dan storan 128GB sebagai tunjang utama. Turut disertakan adalah bateri 5000mAh, sistem pengecasan 18W, sensor utama 50MP, kamera swafoto 8MP dan menjalankan Android 13.

Harga jualan di India bermula INR 9,499 (~RM528) 4/128GB), INR 10,499 (~RM584) (6/128GB) dan INR 12,499 (~RM695) (8/256GB). Tiada butiran mengenai ketersediaan di Malaysia yang diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd