Microsoft kini mengemaskini senarai ciri-ciri yang akan ditamatkan pada Windows, dan kini turut menyenaraikan Windows Mixed Reality sebagai ditamatkan sokongannya.
Windows Mixed Reality adalah jawapan ciri realiti-terimbuh oleh Microsoft, yang diperkenalkan bersama Windows 10 pada tahun sekitar 2015 yang lepas. Ia membantu dalam mempopularkan ciri realiti-terimbuh serta pembangunan untuknya. Beberapa set kepala dengan sokongan untuknya diperkenalkan oleh pelbagai pengeluar, termasuk Microsoft yang hadir dengan HoloLens yang menyokongnya.
Dengan penyenaraian ini, Windows Mixed Reality tidak lagi akan disertakan pada sistem operasi Windows, dan akan dibuang melalui kemaskini akan datang. Bersama-sama dengannya juga, Microsoft akan turut menamatkan aplikasi Mixed Reality Portal dan juga Windows Mixed Reality for Steam VR.