Cari @ Amanz

OpenAI telah sedia mencuri perhatian ramai sepanjang tahun 2023 ini, dengan penawaran seperti ChatGPT dan juga Dall-E. Dalam usaha terus memperluaskan syarikat, kini OpenAI dilaporkan sedang dalam perbincangan awal untuk meraih suntikan pelaburan, menilaikan syarikat pada nilai melangkaui $100 bilion.

Ini sekaligus menjadikan OpenAI sebagai antara syarikat bernilai tinggi di dunia.

Pada hari ini, OpenAI sedia menerima suntikan dana yang tinggi daripada Microsoft – dan sejak daripada itu, pelbagai pembangunan telah dilakukan, termasuk integrasi ke Bing serta pelbagai produk Microsoft lain.

Selain pembangunan syarikat, OpenAI turut dikatakan sedang mengumpulkan dana untuk pembangunan cip memfokuskan kecerdasan buatan. Langkah ini akan membolehkan OpenAI mempunyai alternatif untuk cip keluaran NVIDIA, sekaligus mengurangkan lagi kos operasi mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd