Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama beberapa penerbit berita untuk melesenkan kandungan mereka dan menggunakannya dalam melatih model bahasa raya bagi digunakan oleh kecerdasan buatan. Antara nama yang dilaporkan dalam perbincangan bersama pihak Apple adalah termasuk Conde Nast, dan NBC News.

Seperti ramai sedia maklum, dengan melatih model bahasa raya tersendiri dengan kandungan yang baik, ia akan membolehkan kelak maklumbalas yang lebih baik diberikan oleh sesuatu model berkenaan.

Pada hari ini, arena kecerdasan buatan sedia diterajui oleh beberapa pihak, termasuk OpenAI dan juga Google. Apple masih mendiamkan diri berkenaan perkara ini, dan ramai yang menantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh Apple.

Beberapa laporan sebelum ini turut menyatakan Apple sedang membangunkan secara dalaman “Apple GPT” yang mungkin diperkenalkan seawal tahun 2024 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd