Carian
Oppo A59 5G Dilancarkan – Skrin 90Hz Dan Cip Dimensity 6020
December 26, 2023 Amy Maizuraa

Oppo A59 telah dilancarkan sebagai sebuah lagi peranti dengan cip Dimensity 6020. Ini bermakna pengguna boleh menikmati sokongan 5G terbina melaluinya. Di samping turut boleh dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi mereka yang memerlukan.

Berkongsi lebih lanjut peranti menggunakan skrin IPS LCD sebesar 6.56-inci dengan kadar semula 90Hz. Ini digabung juga dengan pilihan memori 4/6GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Bateri 5000mAh disertakan boleh dicas semula menggunakan port USB-C dan pengecasan SUPERVOOC 33W.

Turut disertakan adalah dwi-kamera utama 13MP + 2MP (kedalaman) sementara itu swafoto pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pembesar suara mono, kalis air IP54 dan menjalankan ColorOS 13.1 (berasaskan Android 13).

Peranti dijual di India bermula dari INR14,999 (~RM832) tanpa butiran lanjut mengenai ketersediaan di Malaysia yang diketahui. Bagaimanapun untuk rekod Oppo A58 sedia dijual di sini dengan harga RM699 sebuah. Anda yang berminat boleh mendapatkannya melalui pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Komen