Semakan Amanz menerusi laman web rasmi Samsung Malaysia mendapati terdapat tiga peranti baharu telah disenaraikan. Ketiga-tiganya merupakan peranti Galaxy A baharu yang terdiri dengan Galaxy A15, Galaxy A15 5G dan Galaxy A25 5G. Ia juga bukan sahaja menunjukkan reka bentuk bahkan spesifikasi penuh turut disenaraikan dalam laman web yang sama.

Samsung Galaxy A15 mempunyai pilihan variasi 4G dan 5G yang semestinya dijana cip pemprosesan berbeza. Skrin Super AMOLED sebesar 6.6-inci dengan resolusi FHD+ digunakan, dan kelebihan boleh ditemui pada versi 5G yang menyokong kadar segar semula 90Hz.

Butiran cip tidak dinyatakan dengan jelas namun kalau diikutkan variasi global cip Helio G99 dan Dimensity 6100+ boleh digunakan pada peranti. Ini digabung juga dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut disertakan adalah bateri 5000mAh, kamera utama 50MP OIS + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP.

Seterusnya Galaxy A25 5G pula dilengkapi skrin Super AMOLED FHD+ sebesar 6.5″ berkadar segar semula 120Hz. Masih belum jelas mengenai cip pemposesan namun kalau diikutkan variasi global peranti boleh dijana dengan Exynos 1280 (5nm). Memori pula 8GGB RAM + 256GB ROM, di samping bateri 5,000mAh dengan pengecasan 25W. Sistem kamera peranti meliputi 50MP OIS + 8MP + 2MP di belakang dan swafoto 13MP.

Setakat artikel ini ditulis, peranti dilihat sekadar disenaraikan dan tiada maklumat mengenai harga jualan yang ditemui. Namun dijangka boleh diumumkan dalam masa terdekat ini.