Tanggungjawab Sosial Korporat merupakan sebuah tindakan yang wajib dilakukan oleh setiap organisasi yang sedang berjalan. Oleh itu, TikTok Shop menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik. Program ini bertujuan membantu perniagaan Mikro, Kecil, dan Sederhana untuk menjana pendapatan. Pihak TikTok Shop dan YWP membuka peluang kepada 30 usahawan kecil tempatan yang terpilih untuk belajar dengan lebih mendalam tentang platform yang bakal digunakan kelak, bagaimana ingin menggunakannya agar ia dapat digunakan berterusan dalam jangka yang panjang. Artikel ini akan menelusuri usaha TikTok Shop dalam membantu usahawan kecil tempatan untuk berniaga di platform e-dagang dengan lebih baik.

Acara Yang Diadakan Sepanjang Acara Berlangsung
Sebagai salah satu usaha untuk menjalankan program ini TikTok Shop mengadakan acara Dialog Bersama Usahawan 2023 untuk memberikan bimbingan, dorongan dan sumbangan kepada usahawan kecil tempatan yang terlibat. Menerusi acara ini, pelbagai aktiviti telah diadakan untuk membantu golongan ini memulakan perniagaan dan menjana pendapatan.
Menurut TikTok Shop, untuk mengembangkan lagi perniagaan, pengusaha seharusnya tahu perkara asas seperti cara untuk membuka kedai atas talian di platform e-dagang seperti TikTok Shop. Jadi bagaimanakah TikTok Shop membantu mereka? TikTok Shop membantu usahawan dengan memberi panduan tentang cara untuk mendaftar kedai atas talian mereka sendiri. Di samping itu, Tik Tok Shop juga memberikan pendedahan tentang larangan yang tidak seharusnya dilakukan ketika menjalankan perniagaan dan siaran langsung di platform tersebut.

Tambahan lagi, untuk memberikan inspirasi dan menyuntik semangat ke dalam diri setiap usahawan kecil tempatan yang hadir, TikTok Shop mengadakan sesi perkongsian “Success Stories”. Menerusinya, beberapa video kejayaan dari TikTok Creators dikongsikan kepada umum. Pelbagai cabaran turut diceritakan dan ini sedikit sebanyak membuatkan semangat golongan ini untuk membuka perniagaan atas talian kelak.
Tidak berhenti disitu sahaja, untuk memastikan program ini memberikan manfaat dalam jangka masa panjang, TikTok Shop turut memberikan sokongan latihan luar dan dalam talian melalui kempen pemasaran. Dengan sokongan ini, dapatlah pengusaha kecil tempatan untuk menguatkan lagi strategi pemasaran dari semasa ke semasa.
Kolaborasi Bersama Agensi-Agensi Terpilih
Selain itu, demi menjayakan program ini dan melebarkan lagi sayap usahawan kecil dan sederhana tempatan, TikTok Shop turut berkolaborasi bersama beberapa agensi tempatan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Untuk memastikan setiap usahawan mempunya jaringan internet yang lebih stabil ketika menjalankan perniagaan, TikTok Shop juga turut bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terkemuka, Unifi. Dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu usahawan kecil tempatan untuk meneruskan perniagaan.

Inisiatif Lain Yang Turut Diberikan
Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang diberikan oleh pihak TikTok Shop adalah insentif kewangan hasil daripada jualan siaran langsung Kempen TikTokShop 11.11 LIVE Showdown yang dijalankan pada November lepas. Dengan insentif yang diberikan ini, 30 usahawan kecil tempatan yang terpilih akan dapat menggunakannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan di platform TikTok Shop. ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini meringankan beban terutamanya ketika baru sahaja ingin memulakan langkah dalam perniagaan.
Selain itu, pihak TikTok Shop juga memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada 30 usahawan kecil yang terlibat ini. Demi membantu mereka untuk mempelajari lebih mendalam tentang bagaimana untuk menggunakan platform ini sebaiknya, pihak TikTok Shop juga mengadakan bengkel affiliate dari TikTok Shop Creators. Menerusinya, usahawan kecil ini diajar tentang bagaimana ingin mempromosikan barangan jualan kepada pelanggan menerusi jualan siaran langsung. Sebagai permulaan, usahawan kecil ini boleh menggunakan barangan sumbangan yang diberikan untuk belajar mencipta beberapa video TikTok yang bersesuaian.

Kesimpulan
Kesimpulannya, menerusi kerjasama antara TikTok Shop dan Yayasan Wilayah Persekutuan ini sedikit sebanyak dapat membuka jalan kepada usahawan kecil tempatan untuk memulakan perniagaan dalam apa jua industri. Bukan itu sahaja, dengan sokongan yang diberikan seperti latihan luar dan atas talian melalui kempen pemasaran oleh pihak TikTok Shop juga dapat membantu usahawan kecil tempatan untuk mengukuhkan lagi strategi pemasaran dan seterusnya melebarkan sayap perniagaan kepada peringkat yang seterusnya.
Oleh itu, jika anda turut ingin memulakan perniagaan anda tetapi tidak tahu dimana, TikTok Shop merupakan jawapannya. Daftar perniagaan anda sekarang dan mulakan perniagaan anda bersama TikTok Shop mulai hari ini!
Penafian : Advertorial Daripada TikTok Malaysia