Peranti baharu Huawei Nova telah dilancarkan secara rasmi dengan empat model disediakan iaitu Nova 12, Nova 12 Pro, Nova 12 Ultra dan 12 Vitality Edition. Tiga daripadanya berkongsi reka bentuk yang sama, sementara itu model Vitality Edition pula serupa sahaja dengan generasi Nova yang sebelum ini. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh untuk kesemua peranti.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/12/Huawei-Nova-12-series-Rasmi-b-950x455.jpg)
Huawei Nova 12 Ultra dan Nova 12 Pro berkongsi sebahagian besar spesifikasi dalaman yang sama. Melaluinya skrin OLED LTPO sebesar 6.76-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz digunakan. Gabungan memori pula 12GB RAM dan storan mencapai 1TB. Sementara itu bateri 4,600mAh digunakan pula menyokong pengecasan berwayar 100W.
Turut disertakan adalah kamera utama 50MP dengan bukaan apertur boleh diubah diantara F1.4-F4.0 dan OIS. Diikuti juga dengan sensor 8MP ultra-lebar dan menyokong zum digital sehingga 10X. Kamera hadapan pula sebesar 60MP + 8MP dengan autofokus terbina.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/12/Huawei-Nova-12-Pro-Rasmi-C-950x564.jpg)
Satu-satunya perbezaan diantara peranti dijangka pada penggunaan cip pemposesan. Namun butiran mengenainya masih menjadi tanda tanya memandangkan semakan menerusi laman rasmi tidak dinyatakan secara khusus.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/12/Huawei-Nova-12-Rasmi-A-950x534.jpg)
Beralih ke Huawei Nova 12, skrin OLED juga digunakan sebesar 6.7″ dengan kadar segar semula 120Hz. Sekali lagi tiada butiran khusus mengenai cip pemprosesan namun memori 12GB RAM dan storan mencapai 1TB digunakan. Bateri pula sebesar 4,600mAh dan menyokong pengecasan berwayar 100W. Sementara itu sistem kameranya pula terdiri dengan 50MP + 8MP dibelakang dan swafoto 60MP.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/12/Huawei-12-Vitality-Edition-Rasmi-b-950x475.jpg)
Akhir sekali adalah Huawei 12 Vitality Edition yang dilengkapi skrin OLED sebesar 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabug juga dengan cip Snapdragon 778G, memori 8GB RAM dan storan dalaman 512GB sebagai tunjang utama. Bateri 4500mAh disertakan menyokong pengecasan berwayar 66W sementara itu sistem kamera pula sebesar 50MP +8MP di belakang dan swafoto 60MP.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/12/Huawei-Nova-12-series-Rasmi-C-950x316.jpg)
Kesemua peranti dijual di China dengan harga seperti di bawah:
- Huawei Nova 12 Ultra (512GB) – RMB4699 (~RM3,046)
- Huawei Nova 12 Ultra (1TB) – RMB5499 (~RM3,565)
- Huawei Nova 12 Pro (256GB) – RMB3999 (~RM2,203)
- Huawei Nova 12 Pro (512GB) – RMB4399 (~RM2,852)
- Huawei Nova 12 (256GB) – RMB2999 (~RM1,944)
- Huawei Nova 12 (512GB) – RMB3399 (~2,203)
- Huawei 12 Vitality Edition (256GB) – RMB2499 (~RM1,620)
- Huawei 12 Vitality Edition (512GB) – RMB2799 (~RM1,814)