Carian
Microsoft Memperkenalkan Aplikasi Copilot Untuk Android – Boleh Guna GPT-4
December 26, 2023 Aman

Microsoft kini memperkenalkan sebuah aplikasi khusus Copilot untuk para pengguna peranti Android, sekaligus membolehkan para pengguna untuk mengakses sokongan kecerdasan buatan terus melalui telefon pintar.

Melalui aplikasi Copilot, ia menawarkan antaramuka lebih kurang sama seperti ChatGPT. Pengguna boleh bertanyakan soalan melalui input berasaskan teks, gambar ataupun suara. Ia juga dilengkapi dengan sokongan GPT-4, dimana pengguna boleh memilih untuk mengaktifkannya atau sebaliknya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun Copilot dan menggunakannya. Pengguna perlu log masuk ke akaun Microsoft sebelum boleh menggunakannya secara percuma.

Komen