Pemilik Fossil Gen 6 telah lama menunggu kemas kini Wear OS 4 yang sehingga kini tidak kunjung tiba. Semalam muncul laporan penantian tidak akan berakhir kerana Fossil dipercayai akan menghentikan sokongan kemas kini serta jualan jalan tangan dengan sistem operasi Wear OS. Menerusi Reddit seorang pengguna mendakwa pengurus stor Reddit mengatakan jualan jam tangan pintar ini akan dihentikan.
Selain tiada lagi kemas kini berjadual akhir-akhir ini, Fossil turut mula menjual Fossil Gen 6 dengan potongan 50% yang memberikan petanda mereka ingin menghabiskan stok. Terdapat pengguna yang menantikan Gen 7 kerana Gen 6 dilancarkan pada tahun 2021 yang menjadikannya sudah agak berusia. Pada waktu ini Fossil belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masa depan jam Wear OS mereka.
Platform Wear OS adalah menarik tetapi dapat dilihat pada angka jualan Apple Watch mendominasi lebih 50% pasaran jam tangan pintar. Samsung di tangga kedua dengan Wear OS hanya memegang 22% pasaran mengikut angka Counterpoint bulan lalu. Dengan halangan jualan Apple Watch di Amerika Syarikat sejak semalam, mungkin Wear OS boleh meningkatkan pegangan mereka pada Q1 2024 nanti.