Cari @ Amanz

Teknologi EEG yang membaca gelombang otak telah digunakan dengan jayanya bagi membolehkan pesakit strok kembali bercakap. Teknologi EEG kini digunakan pula pada aksesori fon kepala Master & Dynamic MW75 Neuro yang membaca gelombang otak untuk mengubah tetapan audio secara automatik.

MW75 Neuro menggunakan dua belas sensor EEG yang dipadankan kepada teknologi yang dibangunkan oleh Neurable. Apabile mengesan gelombang otak yang sedang memfokus ke atas sesuatu perkara, fon kepala akan berubah ke mod pembatalan hingar ANC dan mengaktifkan mod jangan diganggu pada telefon pintar.

Automasi ini boleh ditetapkan sendiri oleh pemilik MW75 Neuro menerusi aplikasi. Secara teorinya jika mengesan gelombang otak pemakai yang tertidur fon kepala boleh mematikan muzik dan juga kuasa secara automatik. Selain itu aplikasi turut boleh menyarankan pemakai berehat jika mengesan otak pengguna yang sedang stres.

MW75 Neuro adalah berasaskan fon kepala MW75 yang dilancarkan sebelum ini. Ia dilengkapi pemandu audio 40mm, lapan mikrofon, dan bateri yang boleh bertahan sehingga 32 jam. Ia turut menyokong bluetooth dengan sokongan codedcAAC, SBC can aptX adaptive. Sepasang Master & Dynamic MW75 Neuro dijual pada harga $649 (~RM3009).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd