Cari @ Amanz

Jika diingat kembali kepada masa lalu, mesti anda dapat bayangkan bagaimana renyahnya proses menempah tiket penerbangan untuk percutian kita. Namun kini teknologi semakin canggih, semuanya sudah di hujung jari. Sambil-sambil menghirup teh tarik di gerai, anda sudah boleh merancang keseluruhan percutian anda dengan hanya menggunakan peranti yang menyokong Windows 11.

Daripada proses menempah tiket penerbangan sehinggalah menavigasi tempat-tempat menarik yang anda ingin singgah semasa percutian, semuanya menjadi mudah melalui bantuan teknologi generatif AI. Jadi, bersiap sedia semua, kerana kali ini kami akan memulakan perjalanan artikel ini dengan bagaimana teknologi canggih yang dibawakan oleh AI dapat memudahkan urusan harian anda, dimana semua kerumitan akan terlerai melalui bantuan sokongan Windows 11.

Kreativiti Dihujung Jari – Sunting Gambar dan Video Terus di Windows 11

Apabila bercuti bersama keluarga kita pasti akan merakam dan mengambil gambar momen indah untuk dijadikan kenangan dan simpan semuanya untuk memori. Namun, kadang kala pasti anda akan mengalami situasi dimana anda ingin mencari sesuatu fail gambar, tetapi tidak jumpa. Jangan risau kerana melalui Windows 11 dengan integrasi AI, anda boleh mencari apa sahaja yang anda inginkan di dalam Photos dengan memasukkan kata kunci sahaja, seperti menggunakan bahasa harian untuk membuat carian.

Misalnya, anda memasukkan kata kunci sepertibeach’ atau “picnic” dan kemudian anda hanya perlu biarkan AI pada Windows 11 lakukan tugasnya untuk mencari gambar yang sepadan dengan apa yang anda inginkan dengan mudah. Dengan ini, ia menjadikan pengalaman penggunaan anda lebih baik kerana tidak perlu bersusah payah menatal sehingga kebawah demi mencari gambar yang diinginkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh terus menyunting gambar berkenaan seperti apa yang anda inginkan terus di aplikasi Photos. Dengan semua alat penyuntingan yang anda perlukan dalam satu aplikasi, kini anda boleh berkongsi kenangan percutian hasil suntingan anda ke media sosial tanpa perlu risau tentang penyuntingan lanjut lagi!

Bagaimana pula jika anda ingin menyunting video percutian bersama keluarga? Dengan Windows 11, ia turut dihadirkan dengan aplikasi Clipchamp. Ia merupakan sebuah aplikasi penyuntingan video yang mudah untuk digunakan sama ada oleh golongan amatur mahupun golongan professional. Melaluinya, anda boleh memilih sama ada ingin menyunting video dari awal ataupun menggunakan AI. Namun, jika anda ingin jalan pintas, pilih sahaja pilihan suntingan menggunakan AI kerana ia sememangnya diciptakan untuk memudahkan proses dan menjimatkan masa. 

Menerusi Clipchamp ini anda boleh menggunakan ciri Auto Compose untuk menyunting video dengan pantas melalui empat langkah sahaja. Anda hanya perlu memilih gambar atau video yang diinginkan seterusnya padankan ia bersama style video, lagu tema, saiz video dan durasi yang bersesuaian dengan tema video anda. Untuk menjadikan ia lebih menarik, anda juga boleh menambah filters, transition, atau menambah elemen teks pada video anda. Dengan ini, ia membuktikan bahawa Auto Compose pada Clipchamp akan memudahkan lagi kerja penyuntingan video kerana tidak perlu menyuntingnya dari awal dan ini bermakna anda boleh menyunting video anda dihujung jari sahaja.

Kami yakin, pasti anda biasa mendengar aplikasi Paint yang ada pada Windows, bukan? Paint pada Windows 11 bukanlah seperti aplikasi Paint yang dahulu. Jika sebelum ini anda tidak pernah menggunakannya, ini merupakan masa yang sangat sesuai untuk anda menyerlahkan kreativiti anda melalui aplikasi ini kerana Paint kini didatangkan dengan pelbagai ciri baharu dan sedia untuk digunakan. Seperti contoh, Paint kini hadir dengan fungsi Remove Background dimana anda boleh membuang latar belakang yang anda tidak inginkan dan gantikan kepada latar belakang yang bersesuaian. Ciri ini sangat sesuai jika anda ingin membuang latar belakang yang tidak diingini seperti orang yang lalu lalang ataupun sampah sarap yang tiba-tiba muncul dalam gambar ketika bercuti.  

Paint juga turut hadir dengan ciri asas pada setiap perisian suntingan gambar iaitu Layers dan Transparency dimana anda boleh mengubah susunan lapisan tanpa menganggu lapisan asal gambar. Menariknya, Paint turut hadir dengan ciri Cocreator dimana anda boleh mencipta latar belakang mengikut kreativiti dengan hasil bantuan AI. Anda hanya perlu menulis beberapa arahan atau permintaan yang diinginkan, lalu Cocreator akan menghasilkannya. Dengan ini, anda boleh pergi bercuti dengan tenang mengetahui aplikasi ini sudah tersedia di Windows 11 untuk penyuntingan imej kreatif anda.

Ekosistem Microsoft 365 Sebagai Penyelamat Untuk Percutian Yang Tenang

Tidak berhenti disitu sahaja, Microsoft 365 juga dapat menjamin produktiviti harian anda walaupun sedang bercuti. Tidak hanya terhad untuk Microsoft Office, PowerPoint, Excel dan Outlook, anda juga boleh mengakses pelbagai fail dimana-mana sahaja anda berada melalui OneDrive dan bermesyuarat dengan rakan sekerja dimana sahaja pada bila-bila masa menggunakan Teams tanpa perlu masuk ke pejabat. Kalendar juga tersedia untuk anda letakkan janji temu. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan pengalaman penggunaan anda lebih produktif, menjimatkan masa disamping memudahkan kerja anda di setiap sudut. Anda bukan sahaja boleh melakukan kerja melaluinya, tetapi juga boleh berkongsi gambar, video, dan fail, malah ia juga menjamin keselamatan fail yang disimpan dengan baik dan lebih privasi yang diberikan kepada pengguna. Dalam kata mudah, dengan Microsoft 365, anda boleh bercuti tanpa menjejaskan prestasi kerja anda.

Ciri Recommendations Dan Voice Typing Yang Memudahkan Proses Kerja

Dalam situasi yang memerlukan kita bekerja ketika sedang dalam percutian, kadang kala ia akan memakan sedikit masa atau sedikit tergesa-gesa untuk selesaikan tugasan kerana ingin kejar pelan percutian yang kita sudah rancang. Tetapi dengan Windows 11, ciri Recommendations Dan Voice Typing ini akan berguna untuk anda. Recommendations akan membantu untuk memberi cadangan jika anda dengan mudah dan ia boleh diakses pada bahagian Start Menu. Melaluinya, anda boleh akses secara terus fail yang ingin dicari dan ia secara automatik dapat menjimatkan masa dari tercari-cari fail simpanan tersebut. Dah alang-alang bercuti, anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mendapatkan cadangan dimana anda patut makan untuk hari tersebut. Dengan ini, ia dapat menjamin produktiviti yang lebih baik dan membuatkan proses membuat kerja lebih efisien dan teratur.

Demi memastikan pengalaman yang lebih baik ketika menggunakan Windows 11, anda boleh saja menggunakan suara untuk log masuk, melancarkan aplikasi ataupun melakukan kerja melalui ciri Voice Typing. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda untuk menaip tanpa perlu meletakkan jari pada papan kekunci. Bukan itu sahaja, melalui Voice Typing juga, anda boleh membuat nota tanpa perlu menaip sambil melakukan tugasan lain, seperti sedang memasak dan sebagainya. Sesuailah dengan kata pepatah, sambil menyelam, minum air. 

Kesimpulan

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa Windows 11 telah menawarkan pelbagai ciri menarik yang bukan sahaja dapat membantu anda untuk melakukan kerja, malah sangat berfungsi untuk menyerlahkan kreativiti dan membantu menguruskan kehidupan harian. Dalam situasi hujung tahun ini, ia membantu membuat pengurusan kerja dengan lebih teratur ketika sedang habiskan cuti tahunan kita. Melalui Windows 11 juga, anda boleh menyunting video dan gambar dengan Clipchamp dan Photos, menyerlahkan lagi kreativiti dengan aplikasi Paint, dan juga meningkatkan kadar produktiviti disamping menjadikan kerja anda lebih efisien melalui Microsoft 365

Dalam kata mudah, Windows 11 ini boleh dijadikan pembantu ketika percutian anda, bermula dari menempah tiket penerbangan, memudahkan tugasan harian anda, dan memberi cadangan untuk keputusan seharian, sehinggalah kepada serlah kreativiti dalam suntingan gambar dan video untuk disimpan sebagai memori percutian. Jadi, tunggu apa lagi?  Habiskan cuti tahunan anda sekarang dan biarkan Windows 11 jalankan tugasnya. Ini kerana kadangkala, percutian yang menyeronokkan adalah percutian yang memudahkan, dan hanya ditentukan dengan hujung jari sahaja. Selamat bercuti!

Penafian: Advertorial daripada Microsoft

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd