Carian
ASUS ExpertCenter D8 SFF Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3,448
December 27, 2023 Amy Maizuraa

ASUS mengumumkan penawaran komputer dekstop ExpertCenter D8 SFF baharu di Malaysia pada hari ini. Harga jualan adalah bermula RM3,448 untuk versi Intel Core i5-13500, dan RM4,416 pula untuk intel Core i7-13700. Pembelian boleh dibuat menerusi pengedar sah ASUS dengan papan kekunci, tetikur berwayar dan waranti sehingga 3 tahun diberi bersama.

ExpertCenter D8 SFF mempunyai pilihan CPU Intel Core i5-13500 atau Intel Core i7-13700 yang dimuatkan ke dalam casis kompak 9L. Ini digabung juga memori DDR5 sebesar 8GB RAM yang boleh dinaiktaraf dan storan 512GB M.2 SSD. Turut disertakan ialah GPU UHD Graphics 770 bersepadu, yang juga boleh menyokong sehingga NVIDIA GeForce GT 1030 sebagai pilihan tambahan.

Selain itu ExpertCenter D8 SFF juga menawarkan pelbagai pilihan sambungan seperti 4 x USB 3.2 Gen 1, 2 x USB 3.2 Gen 2, 1 x USB 3.2 Gen 2 Type-C, 1 x Headphone port dan 1 x bicu audio di bahagian hadapan. Diikuti juga pula 2 x USB 3.2 Gen 1, 2 x USB 2.0, 2 x DisplayPort, 1 x HDMI port, 1 x VGA port, 1 x PS/2 port papan kekunci, 1 x PS/2 port tetikus, 1 x port Line out, 1 x port Line in dan 1 x port mikrofon di belakang.

Komen