Cari @ Amanz

Bluesky baru sahaja memperkenalkan logo baharu yang membuatkan kelihatan seakan Twitter. Malah antaramuka dan penggunaan juga lebih kurang sama, cuma Bluesky masih baharu dan banyak kekurangan ciri menarik.

Kemas kini aplikasi terbaru membenarkan pengguna Bluesky terus memainkan video atau muzik dari dalam aplikasi melalui pautan YouTube, SoundCloud, Spotify, dan Twitch yang dikongsi. Muzik dan video akan dimainkan melalui pemain dalam aplikasi dengan video turut menyokong paparan skrin penuh.

Bukan itu sahaja, Bluesky turut membenarkan pengguna menyembunyikan sesuatu perkongsian yang tidak digemari. Ini bermakna, jika profil itu dibuka kandungan tadi tidak akan kelihatan. Cuma ciri ini mengikut peranti pengguna dan tidak diselarikan mengikut akaun.

Bluesky sehingga hari ini hanya boleh diakses oleh mereka yang menerima jemputan dan belum dibuka kepada umum. Dengan semakin banyak ciri menarik ditambah, adakah platform media sosial yang menggunakan protokol AT ini mampu menjadi pengganti X seterusnya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd