Cari @ Amanz

Lei Jun, CEO Xiaomi hari ini berkongsi beberapa info awal berkenaan dengan kereta elektrik pertama yang bakal dipasarkan oleh Xiaomi. Kereta pertama ini akan dikenali dengan nama Xiaomi SU7.

SU pada namanya merupakan singkatan kepada Speed Ultra. Xiaomi menyatakan SU7 akan menjadi antara kereta dengan prestasi pemanduan yang terbaik di pasaran dalam kategori sedan. Xiaomi menyatakan akan berkongsi lanjut berkenaan kenapa mereka memilih kategori kenderaan sedan untuk peringkat pertama ini pada acara khas yang dijadualkan esok, 28 Disember 2023.

Mengulas lanjut juga, Xiaomi SU7 dikatakan membawakan prestasi pemanduan yang terbaik dalam kelasnya, setanding dengan Porsche Taycan Turbo. Sejumlah ciri-ciri pintar turut diintegrasikan, termasuk seumpama dalam kereta Tesla Model S.

Lei Jun menyatakan Xiaomi SU7 akan dipasarkan dalam beberapa bulan lagi. Ia akan dipasarkan di China terlebih dahulu. Harga jualan untuknya masih belum dimuktamadkan lagi, tetapi ia dijangka akan mengejutkan ramai pihak.

Xiaomi menjadualkan acara khas esok untuk menyentuh mengenai dengan teknologi disebalik kereta elektrik dan ekosistem pintarnya. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengan kereta pertama Xiaomi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd