Angka jangkitan baharu mingguan Covid-19 di Malaysia melonjak naik minggu lalu dengan ia dijangka meneruskan trend ini selepas perayaan Hari Krismas. Kementerian Kesihatan Malaysia sudahpun menggesa golongan warga emas dan yang mempunyai komorbiditi untuk mendapatkan suntikan penggalak vaksin Covid-19 bagi melindungi diri. Kini 15 lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah disenaraikan untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mereka yang ingin mendapatkan suntikan ini boleh pergi ke Klinik Kesihatan yang disenaraikan secara walk-in atau melakukan pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera sejak semalam. Sungguhpun keutamaan diberikan kepada golongan yang lebih berisiko, tiada halangan untuk golongan lain turut mendapatkan vaksin di lokasi-lokasi ini. Klinik Kesihatan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Senarai lokasi PPV adalah seperti di bawah.
- Klinik Kesihatan Cheras Baru
- Klinik Kesihatan Cheras
- Klinik Kesihatan Sungai Besi
- Klinik Kesihatan Jinjang
- Klinik Kesihatan Batu Muda
- Klinik Kesihatan Segambut
- Klinik Kesihatan Sentul
- Klinik Kesihatan Tanglin
- Klinik Kesihatan Petaling Bahagia
- Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
- Klinik Kesihatan Setapak
- Klinik Kesihatan Dato Keramat
- Klinik Kesihatan Kampung Pandan
- Klinik Kesihatan Presint 18
- Klinik Kesihatan Presint 9