Cari @ Amanz

Xiaomi melancarkan penjamaan semula identiti baharu untuk sistem operasi HyperOS pada hari ini. Logo yang diberikan nafas baharu ini menandakan era baharu bagi Xiaomi dalam mengukuhkan rangkaian kesalinghubungan dan kualiti inovasi.

Logo Baharu

Logo yang pada asalnya menggunakan fon Mi Sans kini diubah menjadi satu ikon lebih ringkas. Ia digambarkan seperti bentuk bintang yang menjadi simbolik kepada keupayaan serba boleh HyperOS yang boleh digunakan pada pelbagai peranti yang menyokong ekosistem Xiaomi.

Logo Lama

Seterusnya biru dijadikan sebagai warna dominan bagi melambangkan ketenangan dan perpaduan, yang juga dikaitkan dengan komitmen Xiaomi dalam menyediakan sistem operasi boleh dipercayai. Penjenamaan Xiaomi HyperOS turut diselitkan di bahagian bawa logo untuk memberi sedikit sentuhan moden eksklusif.

Untuk rekod Xiaomi juga telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima HyperOS versi glibal bermula Q1 2024. Proses kemaskini OTA akan bermula dengan lapan peranti yang termasuk Xiaomi 13 Ultra, Xiaomi 13 Pro, Xiaomi 13, Xiaomi 13T Pro, Xiaomi 13T, Redmi Note 12, Redmi Note 12S dan Xiaomi Pad 6.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd