New York Times, salah satu akhbar dan penerbitan popular di Amerika Syarikat, kini memfailkan saman ke atas Microsfot dan juga OpenAI. Menurut New York Times, kedua-dua pihak berkenaan telah melanggar hak cipta dan juga menggunakan pelbagai kandungan penerbitan berkenaan dalam membangunkan model kecerdasan buatan OpenAI dan Microsoft.

Menurut New York Times, mereka telah cuba untuk berbincang bersama kedua-dua pihak berkenaan untuk nilai yang seadilnya untuk penggunaan kandungan, namun gagal mencapai persetujuan. Microsoft dan OpenAI juga tidak meminta sebarang kebenaran atau persetujuan dalam melatih model mereka menggunakan kandungan New York Times.
Buat masa ini, New York Times baru sahaja memfailkan sama berkenaan dan akan mengambil sedikit masa sebelum dibicarakan. Apa pun hasil daripada keputusan mahkamah melibatkan kes ini akan menjadi salah satu titik tolak dalam penggunaan kandungan untuk melatih kecerdasan buatan oleh pelbagai pihak pada hari ini.