Carian
LG
LG MyView Smart Monitor Kini Boleh Diprapesan Pada Harga RM1049
December 28, 2023 Effi Saharudin

LG MyView Smart Monitor 27SR50F kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga RM1049. Ia hadir dengan skrin 27″ IPS LCD dengan resolusi FHD serta menyokong paparan kandungan HDR10. Monitor pintar ini menggunakan sistem operasi webOS 23 yang membolehkan pelbagai aplikasi seperti Netflix, Apple TV dan Microsoft 365 digunakan terus tanpa perlu disambungkan kepada sebuah PC.

Kerana ia sebuah monitor pintar, MyView Smart Monitor menyokong Miracast dan AirPlay 2 yang membolehkan ia digunakan sebagai monitor sekunder secara maya oleh pemilik Mac. Sambungan berwayar pula ialah menerusi dua port HDMI. Dua port USB-A juga membolehkan aksesori tambahan dipasang oleh pemilik.

Dengan integrasi ThinQ pula, pelbagai peranti internet benda boleh dikawal terus dari monitor. Sepasang speaker 5W memberikan pengalaman audio stereo. Di Malaysia pratempahan dibuka minggu ini sehingga 21 Januari 2024.

Komen