Cari @ Amanz

Oppo cuba menarik perhatian ramai dengan penawaran peranti siri Reno11 baharu di Malaysia. Tarikh pelancaran dirahsiakan buat masa ini tetapi dipercayai boleh diumumkan dalam masa terdekat.

Laman pengiklanan rasmi juga telah diterbitkan dengan tumpuan khusus terhadap beberapa perkara yang termasuk kamera swafoto 32MP, pengecasan mencapai 80W dan menjalankan ColorOS 14. Sebanyak dua warna juga diperlihatkan dengan salah satu daripadanya mengunakan putih sebagai rona dominan.

Dalam semakan berbeza peranti turut boleh dipratempah menerusi penjual tempatan DirectD dengan deposit RM100. Sementara itu harga jualan masih dirahsiakan lagi setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd