Carian
Samsung Galaxy A15 Dan A15 5G Disenaraikan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM999
December 28, 2023 Amy Maizuraa

Harga jualan peranti baharu Samsung Galaxy A15 dilihat mula disenaraikan menerusi laman web penjual tempatan DirectD. Ia disediakan dalam dua pilihan yang bermula RM999 untuk versi LTE dan RM1,199 pula untuk Galaxy A15 5G. Anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang.

Kedua-dua peranti mempunyai banyak persamaan ciri tertentu yang termasuk skrin Super AMOLED sebesar 6.6″ beresolusi FHD+, tetapi kelebihan pada versi 5G yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Gabungan memori dan storan disediakan pula sebesar 8/256GB. Diikuti juga dengan bateri 5,000mAh, kamera utama 50MP OIS + 5MP + 2MP dan kamera swafoto 13MP.

Satu-satunya perbezaan ketara diantara peranti ialah cip Helio G99 digunakan pada Galaxy A15 manakala Dimensity 6100+ pula melengkapi variasi 5G.

Komen