Carian
Samsung Galaxy A25 5G Pula Ditawarkan Pada Harga RM1,299 Di Malaysia
December 28, 2023 Amy Maizuraa

Harga jualan peranti baharu Samsung Galaxy A25 5G turut disenaraikan oleh penjual tempatan DirectD pada hari ini. Ia boleh dibeli pada RM1,299 sebuah dengan memori 8G/256GB dan pilihan warna seperti Blue Black, Blue dan Yellow. Anda yang berminat boleh mendapatkannya sekarang.

Untuk spesifikasi dalaman peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.5″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijana dengan cip Exynos 1280 serta gabungan memori 8GB RAM dan storan 256GB. Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan 25W. Turut disertakan ialah kamera utama 50MP OIS + 8MP + 2MP, swafoto 13MP dan pengimbas cap jari sisi.

Komen