Carian
Realme C67 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 4 Januari 2024
December 28, 2023 Amy Maizuraa

Realme dalam persediaan hadir dengan peranti baharu di bawah siri C. Melaluinya Realme C67 akan diumumkan pada 4 Januari 2024 dengan tumpuan terhadap beberapa perkara yang termasuk kamera 108MP.

Laman pengiklanan rasmi juga sedia diterbitkan dengan reka bentuk dan spesikasi dalaman disertakan bersama. Justeru persoalan utama kini hanya tertumpu pada harga jualan rasmi, namun semakan menerusi penjual tempatan DirectD pula mendapati ia disenaraikan bermula RM799 (8/128GB) dan RM899 (8/256GB).

Berbalik ke spesifikasi tadi Realme C67 dilengkapi skrin LCD FHD+ sebesar 6.72″ dengan kadar segar semula 90Hz. Diikuti juga dengan cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama.

Bateri 5000mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 33W. Kemudian kamera utama 108MP + 2MP dan swafoto sebesar 8MP turut melengkapi peranti. Lain-lain spesifikasi termasuk bicu audio 3.5mm, port USB-C, pembesar suara stereo dan menjalankan Realme UI (berasaskan Android 14).

Komen