Daihatsu mengambil langkah mengejut menghentikan pengeluaran semua kenderaan mereka di Jepun. Tindakan diambil selepas syarikat didapati menipu data ujian pelanggaran sejak 30 tahun yang lalu. Keempat-empat kilang pengeluaran kereta Daihatsu akan ditutup sekurang-kurangnya sehingga penghujung Januari 2024.

Siasatan telah dimulakan oleh Kementerian Pengangkutan Jepun ke atas Daihatsu kerana skandal ini turut melibatkan kenderaan mereka yang dijual di Malaysia dan Indonesia. Belum diketahui sekiranya pengeluaran kenderaan Daihatsu di Malaysia juga akan dihentikan atas sebab keselamatan kerana Kementerian Pengangkutan Malaysia belum memberikan sebarang kenyataan mengenai isu ini.
Kes ini serius kerana penipuan data ujian pelanggaran melibatkan lebih 88,000 kenderaan setakat ini. Bukan sekadar kereta Daihatsu terjejas tetapi juga kenderaan keluaran Mazda, Subaru dan Toyota yang berada di bawah payung besar kumpulan Toyota Group.