Cari @ Amanz

Oppo akhirnya berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk peranti mercu baharu yang dijadualkan pada 8 Januari 2024. Pada masa sama reka bentuk juga diperlihatkan dalam dua pilihan variasi iaitu Find X7 dan Find X7 Ultra.

Kedua-duanya dilihat berkongsi banyak persamaan untuk aspek reka bentuk. Bonggol kamera masih berbentuk bulat dan diletakkan di bahagian tengah yang menjadikan rekaan peranti nampak simetri seperti Find X6 Pro sebelum ini.

Seperkara menarik di sini adalah salah satu sensor berbentuk empat segi yang memberi petanda kebolehan telefoto periskop boleh disediakan pada peranti. Namun kelebihan boleh ditemui pada variasi Ultra yang menyokong sistem kuad-kamera berbanding tri-kamera digunakan pada Find X7. Ia juga dijangka tidak menyokong cip ISP Marisilicon X memandangkan tiada sebarang penjenamaan untuknya ditemui pada bonggol kamera. Tetapi masih boleh dilengkapi teknologi Hasselblad.

Panel hadapan berlubang dan melengkung pada kedua-dua sisi masih dikekalkan. Diikuti juga dengan saiz bezel keempat-empat sisi yang hampir sama nipis menjadikannya nampak seimbang. Peranti disediakan dalam beberapa pilihan kemasan yang termasuk binaan berasaskan kulit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd